
Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orangsahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihaktuan rumah.Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangansaya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?""Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."
Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyaianak. "Bahagia Tuk?""Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka."Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi,orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengajamengundang reaksi.
"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!""Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik."Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat darimaksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17tahun dah kahwin, heh, heh, heh...""Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepatlambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?""Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tukmembalas. "Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?""Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dahboleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatanyang cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorangyang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah bolehsedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agaktenang."Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah sayamatang sewaktu mula berkahwin dahulu?
"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payahtunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapatmembaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedangmenjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidakdapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untukdiajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahundah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah,batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitabMuhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawabsuami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."
"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek."Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilahguru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasibbaik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni...""Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji.""Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidupkita tenang."
"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?"cuit saya, kembali ke tajuk asal."Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macamlambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dahberdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam danbaca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun punmasih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuktengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakalpengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi.Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukunnikah saja..."
"Kalau macam tu macam mana?""Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apaorang kata... ... parenting skill.""Tuk pun tahu parenting skill?""Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam.""Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak denganmaksiat," kilas saya."Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga danseterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semuadah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."
"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanyabelum bersedia, dari segi material dan agama?""Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampaimati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dantambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja,profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dankemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nantiilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada...""Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalanyang berbau akademik tanpa saya sedari.
"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadiagak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Takdikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab.""Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?""Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidakmemaksa kita membuat pilihan!"
Jadi..anda yang memilih..pilih jgn x pilih heheh

4 comments:
*masih mementingkan diri sendiri*
so cane nk jaga laki dan rumah tangga kemudian anak2?
renung2 kan.. hik.
Sampai skrg sya masih bpegang pd nasihat & pandagn dr mek mafia..
Kawin & tidak kedua2nya sakit. Tapi sya akan cuba pilih salah satu yg boleh kurangkan skit rasa sakit tue..
Kawen tu sng tapi tnggjwap tu yg payah.
kalo kite dok memikir masalah lepas kawen..mmg smpai bile la x kawen kot..huhuhu..Dia yg lebih tau susah sng di mase akan dtg..hanya Dia yg memberi dan ape yg kite perlu buat cuma meminta..Bg x bg tu hak Dia..yg penting kita da usaha..panjatkn doa dan besyukur dgn apa yg ada skang..alhamdulillah..
no komen.. jawapan artiss.. masing2 ade pendapatan tersendiri.. hehe
Post a Comment